Dugaan sebelum berumah tangga ni memang besar. For me, fasa ini la yang paling takut saya nak lalui. Tapi saya yakin, apa pun dugaan yang datang, selagi hati kita pegang kuat dan utuh untuk tetap hidup bersama, yakin kita akan menjaga satu sama lain selamanya, saya pasti tak ada dugaan apa pun yang menghalang kita. Biasalah, syaitan mana yang suka tengok manusia bahagia. Lagi tambah dengan masing-masing cuba nak perbaiki diri, kadang sedar, memang ada salah sendiri, berulang kali buat perkara yang sama tapi, harap semua tu tak jadi asbab kita makin menjauh. Saya tau, teruk apa pun dugaan, kita tetap akan korbankan diri untuk tetap bersama.

Definisi jodoh bagi saya?

JODOH. Secara umumnya jodoh ni macam, bila kita jumpa seseorang dalam beberapa jangka masa yang berbeza atau berapa lama. Jodoh ni bila dua orang yang sanggup berkorban dan memperjuangkan sesuatu hubungan dengan setia, ikhlas dan jujur agar ianya kekal lama. Kalau boleh biar selamanya. itu definisi jodoh bagi saya.

Kadang-kadang, gaduh tu bukan sebab kita makin jauh dari pasangan. Tapi itu boleh mengajar kita cara nak kenal pasangan, Cara kita nak kawal diri sendiri, dan kita akan lebih belajar menjaga hati antara satu sama lain suatu hari nanti. Itu yang perlu ada dalam hubungan. Percaya, setia, ikhlas dan jujur.

Hilang

Aku bukan tak cinta kau macam dulu,
tapi kau tak faham kenapa.
Aku tak suka kau buat itu, kau buat ini,
sebab aku takut kau pergi.

Seringkali kau ucap kata begitu.
Perangai aku itu ini buat kau macam nak pergi,
Aku merimaskan,
Aku serabut,
Aku pentingkan diri,
Aku kurang mengerti,
Aku tak percaya,
Semua, semua kata buruk kau lempar atas muka,
bagi aku rasa sakit dada.

Bukan aku tak mahu,
sebab makin hari makin sayang.
Tak, bukan itu alasannya.
 Sebab,
Aku sendiri taktahu.

Rasa tak selamat,
sebab,
bagi aku kau milik aku, sorang.
Aku bukan minta kau merungut.
Cuma beri aku kata percaya,
Aku juga milik kau sorang.

Bila aku luah kata nak pergi,
Sebenarnya aku nak kau tahu, aku memang taknak pergi.
Bila aku cakap aku taknak ambil tahu,
sebenarnya tiap masa kau ada dalam fikaran aku.

Bukan aku nak jadi pengganggu,
tapi kau tahu?
Bila benda kecil pun aku nak tahu.
Sebab,
aku taknak ajar rasa jauh pada kau.
Aku takut kau lupa aku.
Aku takut kau rasa aku kurang ambil tahu.
Sampai ada orang lebih tahu pasal kau dari aku.
Salah aku bila rasa begitu?

Entah aku memang buntu.

Benda paling saya tak suka.

Benda paling saya tak suka,
bila gaduh dengan awak.
Rasa dunia jadi kelam,
Warna langit jadi hilang,
Suasana jadi muram.

Saya tak suka nak cakap kasar dengan awak,
Saya tak suka dengar awak cakap kasar dengan saya,
Saya tak suka nak bertegang leher lama-lama,
Saya tak suka bila marah,
Saya tak suka awak marah.

Kita lepas semua kata sebab nak rasa puas.
Sampai masing-masing jadi terasa.
Sampai lupa nak ambil hati semula.
Sampai masing-masing lupa sayang kita macamana.

Sebab,
Masing-masing taknak beralah.
Masing-masing nak menang.
Masing-masing pentingkan diri.

Sebenarnya bukan itu yang kita minta,
Tapi sebab ego.
Kita selalu kalah dengan ego.
Awak cara awak,
Saya cara saya.

Saya taknak gaduh dengan awak.
Penat nak lawan mulut,
Penat nak terasa,
Penat nak sedih, kecewa.

Faham maksud saya?

Saya tak suka.


 

Dear Muhamad Hafizuddin Bin Abdul Rahim

Dear as the name that I've mentioned above,

Bukan nak jadi MINAH JIWANG or what-so-ever but in case there's something that I really want you to know or I miss you so badly or you miss me so badly or I want to tell you how much that I love you or I want to tell the whole world about our love story (ex: how is the way we met, when it was happen, how we can deeply fall in love and etc) or we can keep it as our memories for our future life, we can refer this blog so that boleh buat kita kurang rindu or maybe, kita makin rindu. I think so. :D

I have been told you just now the reason why this blog wujud is it? Dan saya nak awak tahu, whatever it is, as long as this blog wujud, forever it will be. Eventhough there's no one yang dah tak baca blog (maybe) but for me, saya akan sentiasa update about our story sampai kita tua nanti dekat sini. In Shaa Allah (As God Will). So dear, after this first entri, I will going to start writing about us as much as I can sampai kejang jari pun takpe. Just want to let you know, how much I love you.

Sambil kita tengah video call sambil tengok awak makan maggi tu, sedapnyaaaa. Sampai hati tak ajak saya makan. Tiup-tiup depan saya plak tu. HAHA. Makan kenyang-kenyang ye. Saya suka tengok awak makan. comel. :D